PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada S. Nantha Balan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Dr Choo Kah Sing menolak rayuan Razman selepas memutuskan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh (kini Hakim Mahkamah Tinggi) telah dibuat dengan betul bahawa penerbitan Facebook itu adalah berunsur fitnah. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Razman membayar kos RM20,000.
Hakim Nantha Balan yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata catatan Facebook itu yang dibaca secara pantas atau pandangan sekali imbas oleh pembaca, telah memfitnah Lim dengan mencadangkan, menuduh atau menyatakan bahawa Lim antitudung, yang dalam konteks Malaysia berunsur fitnah terhadap Lim.
"Kami bersetuju dengan Pesuruhjaya Kehakiman bahawa perkataan dalam kapsyen 'doa moga ini tidak betul' dan 'kalau ianya benar' (dalam hantaran Facebook) tidak bertindak sebagai penawar dan tidak menghapuskan sengatan itu yang mencadangkan secara jelas atau secara tersirat plaintif (Lim) adalah seorang yang menggalakkan aktiviti diskriminasi dan mengabaikan sensitiviti umat Islam Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.
Beliau juga berkata terdapat 61 komen pembaca di hantaran Facebook itu malah ada juga yang memberi amaran kepada Razman bahawa beliau berisiko dikenakan saman fitnah.
Hakim Nantha Balan berkata mahkamah juga mendapati tiada merit berhubung hujahan peguam Norazli Nordin yang mewakili Razman bahawa penerbitan hantaran itu tidak dibuktikan kerana tiada bukti bebas bahawa mana-mana pihak ketiga mempunyai akses kepada akaun Facebook itu.
Beliau berkata setelah mempertimbangkan perkara itu dengan teliti dan mengambil kira penghujahan bertulis yang komprehensif serta penjelasan lisan, mahkamah mendapati tiada kesilapan yang boleh dirayu untuk mewajarkan sebarang campur tangan perayu dalam kes itu.
Lim menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 Nov 2017 yang mendakwa Lim menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim berkata perkataan yang digunakan dalam hantaran Razman adalah daripada sumber yang tidak sahih dan bertujuan mencemarkan nama dan reputasinya serta menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.
Pada 14 Mac 2022, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan tuntutan Lim dan memerintahkan Razman membayar Lim RM150,000 sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk.
Hakim Amarjeet Singh juga memerintahkan Razman membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook beliau dan ditag di Facebook Lim dengan hantaran permohonan maaf itu.
Razman yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak turut diarahkan supaya tidak mengulangi kenyataan itu di Facebook pada masa depan. Keputusan itu mendorong Razman memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Lim diwakili peguam Datuk N. Mureli dan Felix Lim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Lim menyaman Razman (gambar) berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 Nov 2017 yang mendakwa Lim menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang. - Gambar fail/Bern
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
Keperluan manusia tetap diperlukan walaupun AI semakin canggih
Masih tidak dapat dinafikan bahawa ada lagi kepentingan untuk penggunaan tenaga manusia walaupun permintaan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat..
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Menurut Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Anur Fariz Fadzil, keperluan tenaga itu diperlukan untuk melihat dan menapis kandungan yang tidak beretika di aplikasi tersebut
Pokok tumbang atas dua kereta, dua mangsa terperangkap
Dua lelaki terselamat daripada maut apabila terperangkap dalam kereta selepas sebatang pokok besar tumbang di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM diketahui 23 Julai
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh tersebut pada Khamis selepas selesai mendengar hujahan semua pihak.
Tiada cadangan wajibkan pemasangan 'dash cam'
Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini, kata menteri Pengangkutan Anthony Loke.
WHO lulus vaksin terbaharu TAK-003
WHO meluluskan vaksin denggi baharu TAK-003 pada 10 Mei lalu.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak, makan ayam penyet
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim dan doktor membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
ICJ tolak permohonan Israel tangguh prosiding bicara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang akan berlangsung pada Khamis.
Pusat perubatan Mekah tunggu untuk beroperasi
Untuk tiga tahun berturut-turut, susulan pencapaian cemerlang dalam menyediakan rawatan kesihatan kepada kumpulan jemaah haji sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah. Manakala Pusat Rawatan Mekah pula masih menunggu keputusan sama daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Rayuan Pesuruhjaya Pas Perak berhubung bayaran ganti rugi RM250,000 kepada Lim, ditolak
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng.
PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.
Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.
'Pertukaran kerajaan tak ganggu kemasukan pelabur' - Razman
Perubahan tampuk pentadbiran di mana-mana kerajaan negeri bukan sesuatu yang asing sebaliknya ia disifatkan sebagai perkara biasa dalam negara ini, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.
Razman dicabar buktikan ada gerakan mahu tumbang kerajaan negeri Perak - Arafat
Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencabar Pesuruhjaya Pas Perak untuk membuktikan dakwaan ada beberapa ADUN kerajaan berjumpanya berhubung gerakan menumbangkan kerajaan negeri.
Tangkap pemimpin pembangkang tindakan politik tidak bertamadun - Razman
Pas Perak menyifatkan tindakan menangkap pemimpin politik pembangkang dan menghadapkan mereka atas tuduhan yang didakwa direka cipta sebagai tindakan politik yang tidak bertamadun.
Pesuruhjaya Pas Perak mohon maaf, kes saman fitnah Anwar selesai
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Razman Zakaria selesai apabila Pesuruhjaya Pas Perak itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PM di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
'Lebih baik Nur Jazlan fikir kenapa kalah PRU' - Razman
Nur Jazlan seharusnya lebih mengutamakan kepada penilaian beliau yang kalah di kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal berturut-turut.